Nuffnang Ads

Saturday, April 8, 2017

Violin


Kerana cintaku pada kau yang tidak logik
Aku jadi berantakan
Aku menggila untuk apa sahaja yang tidak bisa
Amarahku membuak buak
Kecewa ku apatah lagi

Aku menjerit menangis
Jiwa aku seksa, aku seksa jiwa kau sekali

Aku masih belum terima
Yang kau sebenarnya tidak pernah cinta sama aku

Wednesday, March 29, 2017

Mengimbau saat 29 may 2016


Malam diwaktu kita bertengkar,
Atau mungkin cuma aku yg punya amarah,
Aku tanya sama kau,

"Apa kita ini, punya tarikh?"

Serentak kau mengagguk dan menjawab

"Ya, ada" tona rendah tidak pasti

Aku bertanya lagi,

"Jika kita punya tarikh, makanya bila?"

Sesaat dua menunggu jawapanmu,
Kau langsung diam dan terdengar dengusan halus

Saat itu aku mengerti, aku bukan apa dan siapa dalam hidupmu. Tidak sedetik, apatah lagi seminit.

Menjerit jerit aku menangis, menghadapi realiti bahwasanya aku tidak sekali pun wujud dibenakmu.

Tidak sekali pun, tidak dan tidak pernah.

Bersama malam - aku pecah lagi.

Acapkali



Aku berjalan menuju kereta
Dalam pekat malam ditemani lampu jalan

Hari ini hujan, basah.
Aku dengar derapan tapak kaki,
Aku fikir itu kau,

Aku toleh berkali kali,
Namun itu cuma angan anganku.

Aku acapkali lupa,
Bahawa kau - sudah pergi.

Friday, March 24, 2017

.


Terlalu sibuk, tak punya masa.
Segala yang manis sudah kau rasa.

Aku fikir itu cinta,
rupanya cuma nafsu kau semata. 

Celaka


Saat aku bilang, aku teringin sekali mahu makan itu.
Dengan seraut wajah kau mencuka, kau bilang.
'Aku tak punya wang'

Tapi hari hari lain wang kau terlalu murah untuk kau limpahkan kepada dia.
Untuk kau bawa kesana kesini dan menikmati hidangan enak.

Aku?
Bersama roti masih berkira kira mahu yang terbaik untuk kau.

Ahh bodohnya aku.

Kau tinggal dan pergi - celaka!

?


Titis air mata kau, untuk apa?
Dia sedang bahagia didakapan wanita lain.

Soalan aku sekarang,
Air mata kau untuk apa?


Thursday, March 23, 2017

Kau bilang maaf berkali kali namun kau tetap pergi


Dan seperti waktu waktu lalu,
Aku tetap ditinggal pergi.

Aku susuri jalan sepi itu sendiri,
Ku terdengar kau tertawa,
Pabila ku menoleh kau tiada.

Gelap malam itu aku lalui jalan yg sering kita lewati bersama.
Seakan akan ada bau dan asap dari nikotinmu,
aku toleh lagi namun kau tiada.

seusai waktu kerja dan seperti rutin aku menghala ke mobil.
aku melangkah masuk keruang pemandu.
sesaat dua aku menanti namun kau tidak masuk kedalam mobil seperti kebiasaannya.
aku menjengah ketingkap, baru aku sedari kau sudah tiada.

sebaik sahaja aku rebah badan ke kamar,
aku helakan nafas dan pejamkan mata,
aku terdengar kau bisikkan 'sayang'
Aku celikkan mata namun kau tiada.

mungkin 'sayang' itu bukan untuk aku.

Aku dahaga dan lapar.
aku pergi ke restoran untuk mendapatkan makanan paling baik.
Dalam keterujaan aku menatap menu, bagai kilat kau mampir diruang memori dan menari nari dikaca mata.
tiba tiba aku kenyang.
tiba tiba aku terasa sakit yang teramat didalam dada.
aku jengah ke telefon,
sayang sekali nama kau tiada pada skrin.

Dipejabat aku terpaksa berpura pura biasa
aku senyum, aku ketawa seakaan tiada apa.
didalam hati aku menanti nanti waktu 15minit untuk aku hamburkan segala isi hati didalam ruang kecil tandas itu.

aku pulang kerumah dan aku daki anak tangga,
aku sebut namamu berulang ulang kali sejumlah anak tangga yang aku daki.
sampai didepan pintu sudah cukup buat aku mati dengan sakit yang teramat didalam hati.

Pertama sekali yg aku lakukan ialah menjerit dan menekup mulut disisi katil.
melepaskan semua yg serasakan seisi alam dibahuku.

Aku menjerit bertanya lagi,
mengapa tergamak kau pergi tinggalkan aku sendiri.

aku soalkan lagi,
mudahnya kau melarikan diri disaat jiwaku terluka sebegini.

aku jeritkan lagi didalam hati,
apa kau tidak lihat aku disini berdiri dibawah terik mentari berpaksikan sebuah janji yg pernah kau beri,
disaat kau mahu aku, disaat kau mahu aku.

apa kau tidak nampak aku menunggu dalam pekat malam?
bersama sebuah cinta dan airmata,
setia menanti disitu bersama sebuah harapan yang telah kau hancurkan.

betapa teganya kau,
membiarkan aku kesejukan ketakutan kesunyian menantimu dari hari ke hari.

dan kini aku cuba leraikan satu satu kelopak bunga dari hari yang kau pernah kau cantumkan satu waktu dulu.

aku leraikan bersama duka dan airmata.

selamat pergi dan jangan kembali lagi.